Utama
Demi Masa..
Menu Utama
Utama
Berita
Kalendar Aktiviti
Pautan
Hubungi kami
Cari
Galeri
Foto
SIRKIT MENDAKI GUNUNG N9
Borang Penyertaan Borang Penyertaan
Syarat dan Undang2
Hadiah
Keputusan
Tetamu
Daftar Masuk





Katalaluan hilang?
Belum berdaftar? Daftar
Undi
Pandangan Anda Tentang Laman Ini ....
 
Syndicate
powered_by.png, 1 kB

Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Tampin 2009

Sample Image

Pada 16 Mei 2009, para peserta Sirkit Cabaran Mendaki Gunung NS 2009 bertumpu di Gunung Tampin untuk meneruskan cabaran pusingan kedua di sini. Tentunya cabaran pada tahun ini lebih hebat apabila nilai hadiah ditambah selain dari kemunculan muka-muka baru yang sentiasa memberikan tandingan hebat. Sekalung tahniah untuk peserta yang berjaya menjuarai kategori masing-masing dan semoga cabaran itu akan diteruskan lebih hebat apabila bertandang ke Gunung Angsi nanti pada pusingan akhir Sirkit Cabaran Mendaki Gunung NS 2009 pada 27 Jun 2009 nanti.

Bertemu lagi di Gunung Angsi nanti. Sama-sama kita saksikan siapa akan bergelar juara keseluruhan pada pusingan akhir nanti !  

 

 
AGM di Terengganu

Sample Image

Pada 30 April hingga 2 Mei yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan MENDAKI N9  pada tahun 2009 ini telah diadakan di negeri Terengganu. Aktiviti tahunan persatuan ini juga turut menghimpunkan ahli-ahli persatuan samada yang baru atau senior untuk sama-sama berbincang dan merancang pelbagai perkara untuk meneruskan sinambungan persatuan.

Kesempatan ini juga telah digunakan persatuan untuk melakukan beberapa siri lawatan dan aktiviti di Terengganu dan pulau-pulau sekitarnya. Tentunya acara mencandat sotong tidak ketinggalan memandangkan tepat pada masanya musim sotong turut bermula pada ketika itu.     

 
MENDAKi N9 di Kinabalu ( Kotal's Route )

Sample Image

Tepat jam 6.50 pagi 25 April 2009, para pendaki MENDAKI N9 akhirnya tiba di Low's Peak setelah beberapa hari mengharungi cabaran getir mendaki Gunung kinabalu melalui laluan Eastern Plateau via Eastern Ridge (Kotal's Route). Laluan yang bermula dari Kundasang ini yang pada asalnya dilalui Royal Society Expeditions pada tahun 1964 ini berjaya diikuti oleh ahli-ahli persatuan.

Semoga dengan kejayaan di awal 2009 ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan seterusnya bagi tahun ini. Syabas!   

 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 1 - 4 dari 17
© 2012 mendaki-n9.org.my
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.